Friday, December 11, 2009

:: Mari Eratkan Ukhuwwah ::


Bismillahirrahmanirrahim..




Insya Allah, akan diadakan Reunion kepada bekas pelajar Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak '01-'06 batch ana sahaja,.

Details,,
Hari : Sabtu
Tarikh : 19 Disember 2009
Tempat : Restoran Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa
Masa : 12 tengah hari - 4 petang
Pakaian : Casual as long as tutup aurat
Bayaran : RM25 per person

Sila confirmkan attendance before 14th Disember 2009 pada AJK (me, azillah, aliah, luqman, and muaz).. Syukran Kathira,,

Sunday, November 15, 2009

:: Mabruk Jiddan ::

Bismillah.. Bersyukur kepada Allah

dan

Tahniah kepada semua batch onese7en,

dalam menjayakan,



Alhamdulillah. :) Selamat Maju Jaya Abang-abang dan kakak-kakak f5..

Monday, November 9, 2009

* Ceriterengganu *

Bismillahirrahmanirrahim..



okeh, bagi anda yang tidak pernah ke Ganu, haa.. nilah masjid terapung.. maaf, gambar tak menyeluruh sebab time ni Subuh pukul 5.30 pagi.. gelap lagi~
Lepas solat subuh, kami 'check-in' homestay dan angkut semua barang masuk situh. Nama homestay tu, 'Homestay Batrisyia', haha,, mcm kenal nama tuu. Then, kami bertolak ke Taman Tamadun Islam. Mulanya duk fikir apelah yang ade dalam taman tu, bila dah masuk, Memang kagum bila dapat hayati beberapa masjid utama seluruh dunia..

Keceriaan guru2 jelas terpancar.. Huhu, Cg Hani promote duit~ :D


Sementara menunggu hujan lebat berhenti, kami habiskan masa dalam restoran TTI.. Tgk tuu, Husna khusyuk baca novel baru die~ teruskan membaca ya..






This is Taj Mahal. Model sahaja. boleh masuk dalam bangunan ni untuk tahu maklumat lebih lanjut~



Kubbatul Sakhra'.



See, dalam dia mcm real~




Masjiidil Haram, Ka'bah xboleh nk tengok, kene panjat~




Masya Allah, pemandangan yang indah~ ( tengah2 TTI )


One of the masjid(s)..

Dah balik dari TTI, singgah masjid kristal, ambil gambar. Then, pergi ke batik Arfa,. Ade yang dapat cabutan bertuah. tahniah ye, Lea dan Husna.. :D


Malam tu, ade BBQ, thanks to all banin(s) yg tolong n cikgu2. Ana faham sape yang terpaksa kemas sisa2 BBQ tuu, bila semua cabut pergi tengok nur kasih. Hehe, sedaap antum masak. NUR KASIH, sangat syok tgk ramai2. wah, rindu nya~ dan.. 42 nombor bertuah~ :P




homestay kami~ semua happy. adelah sorg tu ganjil~



sedang menunggu banin sebelum ke pasar payang..

Depan pasar payang,, Persembahan Kebudayaan.

Then, kami ke Muzium Negeri Terengganu. Kat situ, jumpa kawan-kawan dari sekolah Sungai Pusu.. kebetulan dorg pun ada lawatan. Kami lunch dan solat.. Singgah Geliga jap beli keropok lekor. Enak sungguh~ And and balik~!

.............................

cuba baca ni.

Dalam tentatif,, pukul 2.00 ptg bertolak balik dan smpai pukul 10.00 malam.
Apa yang berlaku?
Kami bertolak balik pukul 7.oo malam, lepas solat maghrib.
Bas A smpai sekolah dalam pukul 1.00 pagi. Bas B terkandas dek temperature engine naik. terpaksa berhenti di tengah2 hutan. seram jugakla. Pakcik smbung perjalanan, sangat sangatlah perlahan. Tak mengapa, Allah menguji. Masuk satu mesej,,
"Kitorg dah smpai sekolah. korg kat mana?" -Yasmin
Wah, bila tanya cikgu, kita masih di Pahang. Sabar. Sampai di Tol Lanchang, terpaksa berhenti terus, bas dah xboleh bergerak. Semua turun, duduk lah tepi jalan. Satu lagi mesej masuk hp nurina,,
"Ana dah sampai rumah, dah pakai baju kelawar, duduk bawah aircond.. :D" -Syaraz
Sabar. Tgk jam, pukul 1.00 lebih. Semua muka tension, nak lagi ade pulak 3 pasangan yang ber ber dan ber di situ.. sakit hati betul tgk. Mulanya, kami istighfar ramai2, tp, makin menjadi2 mereka. Usaha lagi, plan nk perli dorg kuat2. Still xjadi. Nafsu berleluasa. Last2, kami main kejar2 ramai2 dengan anak cg, Alia Maisara, Nasuha dan Hatim. Biar bising nanti dorg terganggu. Memang menjadi, tapi, nampak mcm marah je. Kami pun stop takut kene baling batu. Biarlah, kita dah usaha, itu antara mereka dengan Allah.
Call yasmin. Katanya pakcik bas A patah balik nak ambil kami. Bayangkan dari gombak ke Pahang. haduih, tuunggu jelah, Sabar. Dapat lagi berita, pakcik jam sbb ada perlawanan bola sepak N9 dan Kelantan. Akhirnya, kami tinggalkan tempat awam itu pukul 3.00 pagi. Sampai sekolah pukul 4.30.
Alhamdulillah. Bersyukur kerana selamat sepanjang perjalanan~ Maaf paling lambat post about Terengganu. :D Esoknya, Yasmin dan Aqila Dash tandang rumah, penat sangat sangat. Demi, jamuan pengawas, kami buat puding jagung dan agar-agar bandung cincau. huhu, sedap3.. Kepada semua pengawas, terima kasih kerana menghabiskan masakan kami. :D Salam.

Friday, October 23, 2009

* Mukhoyyam Kami *

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, berpeluang juga ana meng-update blog ni. Maklumlah jadual agak packed,, but, habis aje PMR dan PMRI, kuranglah sikit kesibukannya :D
Insya Allah ana akan share-kan pengalaman kami bermukhoyyam bersama batch G13 dan batch Caliph 14. Mm, sebenarnya bukanlah semua dari kalangan mereka. Hanya beberapa orang sahaja yang menjadi fasilitator kami.


Khamis, 22 Oktober 2009

Ehm, Kira pukul 8.20 pagi kami bertolak ke Kem Rebutia, Alang Sedayu. Credits to Makcik Zaharah kerana sponsor van sekolah makcik, hehe. Sampai sahaja kami di sana, kami diberi tayangan video tentang sejarah Islam. Lebih kurang macam ISK Kem Murobbi, masjid KLIA hari tu. Tapi, kali ni tidak se-detail yang dulu. Syukran abang Megat kerana memberi tazkirah tentang Cita-Cita kami di masa hadapan.

Selepas itu, mulalah perjalanan jungle trekking kami. Masuk sungai dan pacat sudah menjadi kebiasaan. Tapi, kami ada kelainannya, kami perlu membawa Al-Quran masing-masing bersama. Erm~ siapa yang tidak membawa Al-Quran dikenakan sebiji batu besar seorang untuk dibawa bersama. *Barang Amanah. Alhamdulillah, perjalanan semuanya selamat. Alkisahnya, sampai di sungai pertama, adalah seorang abang fasi tu, terjatuh..haha, habis basah Al-Quran dia dek tenggelam di air. Sampai sahaja sungai kedua, ana pulak merasakan benda yang sama~ Aha, tulah, gelakkan lagi abang tu. Habis biskut dah jadi Al-Quran ana. Alhamdulillah, xdelah rosak teruk pun. Keh3

Destinasi rehlah kami adalah, Air Terjun di seberang highway sana. Jadi, kami melalui terowong bawah tanah. Disitulah checkpoint kami pertama. Kami ditasmi' ayat hafazan dan diberi penerangan tentang 'Aqidah Salim' = 'Aqidah yang sejahtera'. Sejurus selepas itu, perjalanan kami diteruskan. Sesampai sahaja di air terjun, haha, apa lagi.. kan dah habis PMR, kami enjoy lah menikmati keindahan alam. Selesai mandi, kami menunaikan seruan Zohor. Kami terus ke checkpoint kedua, untuk diuji ayat hafazan dan berbincang tentang Akhlak yang Mulia. Selepas itu, kami makan makanan yang dibawa, and pulang ke campsite. Aha, checkpoint ketiga kami, di sungai bawah dewan di campsite. Selepas ayat hafazan diuji, kami berkongsi tentang Ibadah yang Sahih. Huhu, mengigil2, tambah2 lagi hujan pulak time ni..

Petang tu, kami makan BBQ yang dibakar oleh para banin, fasi dan cikgu najmah. Syukran semua :) Haha, teringat pula kucing yang mencuri makanan dari polisterin rakan ana. Bijak sungguh makhluk itu. Malam itu, kami diberi tazkirah oleh Abang Syarifuddin. Syukran kerana mengingatkan kami tentang ajal, yang kita semua tidak akan ketahui bila ia akan tiba. Sungguh,. ana dapat mendalami slot malam ini.

Jumaat, 23 Oktober 2009

Pagi tadi, selepas qiam dan Subuh, kami diberi tazkirah tentang sejarah hidup Khalid Alwalid. Habis kuliah Subuh, kami bersenam bersama kakak fasi. Uh3, teringat ke-cute-an Chicky Dance itu., Ahahah.. Selepas bersenam dan makan, kami diberi ceramah oleh Abang Bai KBM.. Hehe, teringat abang moja and kak nela. :D Dalam ceramah ini, Abang Bai ceritakan tentang persepsi setiap manusia terhadap sesuatu. Kami juga menilai potensi diri dan kebolehan masing2.. Ceramah ni agak ringkas kerana kesuntukan masa. Maklumlah, banin perlu ke masjid solat Jumaat. Ingat ye rakan-rakan, pesan abang Syafiq untuk cuti ni,,

1) Tadarrus, 2 bulan 1 Al-Quran
2) Baca buku form 4 at least satu buku subjek teras

Alhamdulillah, selepas selesai slot terakhir ini, naiklah semangat kami untuk menghadapi pelbagai rintangan pada tahun hadapan. Humm, ana yakin tentu ramai yang akan meninggalkan Al-Amin,. Ana sendiri tak yakin takdir ana nanti. Either teruskan perjuangan di Al-Amin or move. Doakanlah untuk kebaikan kami semua..

Dalam kesempatan ni, ana nk ucapkan syukran kathira khas untuk Cikgu Najmah, Cikgu Fatimah, cikgu2 yang mengadakan program ni, Kak Fathy (seronok berbual smpai tengah malam ^_^), Kak Farah Nadia (my group fasi), Kak Hazimah, dan semua fasilitator kami. Kami hargai jasa anda semua.. Assalammualaikum.. ;)

Wednesday, September 2, 2009

:: Ramadhan Kareem ::


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum warahmatullah..

I'm here again lately wishing 'Happy Ramadhan Kareem~!!' to all my visitors.. In this month full of karamah, we should use these food for thought in seeking the Pleasure of Allah.,

*Solah Dhuha everyday
*Tilawah Al-Quran at least 10 pages a day
*Tarawih surely every night
*Sedakah
*Qiammullail :)
*Ihsan in doing anything
And of course, the most important thing is our Niah..

Biiznillah, we all form three pupils will have a 'Big Bang' exam, which is PMR it is on this October seventh to thirteenth,. Hope that all of you could pray for us to get the best result ( 9As ) and able to make us all proud.. Ameen :)

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Kembalikan Al-Quds

Arena berubah membawa isi dunia,
Di Selatan Bilad al-Sham bergelutlah takhta,
Hancur keistimewaan di kaca mata,
Namun Palestin, kau tetap di jiwa,.

Luangkan masa, fikirkan semula,
Bangkit! Bangkitlah kamu dari lamunan dusta dunia,
Kembalilah kepada fitrah manusia,
Ingat ini sentiasa,
INI SEJARAH KITA.,

Al-Aqsa tertegak menjadi masjid kedua,
Qiblah muslimin pertama,
Ruang tanah suci berdirinya tiang agama,
Namun,
Apakah tindakanmu wahai umat Muhammad?
Adakah hanya membenci perbuatan mereka?
Setelah masjidmu ini dibakar?

Qalam ini mampu menggegarkan dunia,
Bumi ini menjadi saksi kekejaman mereka,
Membunuh! Menyeksa! Tidak kira usia,.

Setiap detik, tangisan anak-anak kedengaran,
Bom gugur bak hujan membawa bencana,
Duhai generasi Islam,
Bukankah kita saling bersaudara?
Bersatulah! Kembalilah kuasai dunia,.

Al-Quds bukan amanah penduduknya sahaja,
Sedarlah ia adalah hak milik kita,
Sedarlah Yahudi telah mengkhianati kita,
Ya! Al-Quds mesti dipertahankan,
Walau dengan apa jua cara,
Hatta tergadai tubuh dan nyawa..

Just a reminder for us, in case we forgot,.
"Allahumma nsuril islama wal muslimin.. fi kulli makan.. wa fi kulli zaman.. Ameen"

Thursday, July 16, 2009

*Singgahsana Mereka*

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, pd 12 Julai 2009, kami (Kelab PRS) adakan lawatan ke rumah anak yatim di Rawang. Semua aktiviti berjalan dgn lancar.. Walaupun, adik2 di sana agak malu ketika permulaan program.. hehe.. tgk tu, semangat mereka pakai baju melayu, mcm hari raya pula :)





ok, ana xde masa nk main2 dgn mereka., hum, ade kerja nk dibuat~ MaSak!! kami ke kedai untk beli barang2 dapur.. jngan terkejut, kat sne mcm duk kat arab saudi zaman dulu, semua orang kat sekitar rumah kedai stuh,yg perempuan pakai tudung labuh dan baju kurung or jubah, yang lelaki pakai kopiah n baju melayu., even org kedai pun. *suka bangat mlihat kesopanan org2 kt situh~

semua barang2 dapur disimpan di sini,.


ok, ayam digoreng nak masak kicap~


eating time~!

baiklah, ini baju adik2 kita ni di bilik atas.,


*ada seorang pakcik muka arab skit tuh, dielah ayah kami di sini*

comel2 mereka ni, yg paling ramah sekali, ezat~! fuh, siap duk atas riba lg.. yg paling comel, syakirin~! huhu,. rindu sama mereka.

Baiklah, maaf jika terlalu ringkas. Insya Allah, akan ditambah lagi gambar, sila2lah nantikan.. :P

Salam ^_^

Thursday, June 25, 2009

* Sang Perindu *



Bismillahirrahmanirrahim..

"Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati."
Hadis 6 : 40 Imam An-Nawawi.

Ramai bertanya,
"Anti stress ke?"
Maka aku juga ingin bertanya..
padamu Hatiku :
"Dikau tertekan kah, duhai hati?"
Kerana akalku memberitahu
bahawa mindaku tidak kusut,
badanku tidak penat,
emosi aku tetap berombak,
maka yang tinggal hanyalah
"Wahai hati, adakah dikau tertekan?"
kerana bingung,
kerana rindu,
apabila sudah menjauh?

Ketahuilah,
Roh, Jasad, Akal dan Hati,
merindui Penciptanya..
merindui kitab al-Haq,
merindui naiknya iman,
merindui amar ma'aruf,
juga nahi mungkar...

Sakit abdominal tiada henti itu tandanya,
bibir yang mengeluh itu tandanya,
juga jiwa yang tidak stabil,
petanda Hati yang sedang Merindu....
Prihatinlah akan bisikan rindu itu,
yang jauh, didekatkan semula,
kepada si Dia Yang Maha Esa...

^__^
:: gambar sekadar hiasan ::

Monday, June 22, 2009

Pengorbanan Seorang Guru..

Bismillahirrahmanirrahim..


Petang tu, ana balik sekolah lambat mcm biasa, cuma perasaan terlebih gembira, alhamdulillah, dapat juga sampaikan yang terbaik.. kaklong, nuna, thanks bg semangat~ haha :)


On the way balik rumah, kami nmpak seorg guru, (berjalan kaki) menuju ke pintu hdapan UIA, "eyh!! Ust!!" Ummi berhenti ditepi jalan ( walaupun dah terlajak jauh), ana n kaza turun n mnuju ke arah Ust..

"Ust,. ust nk pi mne?" "Ust nak pi masuk UIA nuh, nk naik bas ke lrt taman melati" "Oh, rumah kitorg dkat Taman Melati lah Ust.. Jom naik kreta.." "Lah yeke ni, malulah Ust.. hehe"

Dalam kereta

Ummi : Ust naik apa tiap2 hari pi skolah? Lrt?
Ust : Yelah, sebenarnya naik motor.. tp, saya kne accident bulan 4 hr tuh.. sakit otot kat kaki n ada masalah dalam telinga, so, doktor xbg naik motor..
Ummi : Rumah Ust kat mne? Taman Melati?
Ust : Eyh, rumah saya kat Rembau, Negeri Sembilan.. tulah yg xboleh naik motor nya., otot kaki xlarat nk bawak 3 jam.. nak naik kereta pulak, tol RM50 pergi balik, xlarat lah klu mcm tu..
Ummi : Ya Allah.. Rembau? jauh tu.. dahtu, xboleh naik motor Ust naik ape?
Ust : Dari Rembau naik bas, pastuh naik komuter, terus naik bas balik, sambung ke KL sentral, pastuh naik lrt, naik bas, smpai UIA, jalan kaki smpai sekolah.. :) *jalan kaki*
Ummi : Masya Allah, tgk tuh, pengorbanan guru Al Amin ni.. kalau murid xhargai, xbelajar betul2, xtahulah mcm mne nk cakap..
Ust : haha, tulah.. ni pun saya nk pi lrt sbb saya tumpang rumah adik saya kat area2 taman melati, xlaratlah nk jalan kaki setiap hari dr Rembau ke Gombak.. nanti smpai lrt, puan boleh hantar saya depan bangunan tu. saya jalan kaki pi rumah adik saya, dekat aje..
Ummi : Kalau Ust duk rumah adik Ust, Ust balik Rembau?
Ust : hmm... saya mungkin balik Rembau dlm dua kali seminggu gitulah..

Masya Allah, xterhingga ucapan terima kasih dr ana kepada Ust ini kerana sanggup dtg sekolah mengajar kami.. "Ya Allah, berilah ketenangan yang berterusan kdlm hati Ust ku ini.. Permudahkanlah segala urusan2 ust dlm kehidupan seharian beliau.. Berkatilah kesemua guru-guru ku, Ya Allah.. Kuatkanlah semangat mereka ketika melayan karenah-karenah kami.. Bantulah aku untuk mmbuktikan sayangnya aku pada guru2ku, walaupun aku tahu xkan mampu aku membalas segala jasa-jasa mereka.. Ameen.."

Ana harap antum n antunna dpt ambil ibrah dr kisah ni, n berusahalah ntuk mnjaga hati dan menghargai jasa guru-guru kita.. :)

Tuesday, May 26, 2009

*Adik-adik Al-Amin*

Bismillahirrahmanirrahim..

waahh, penat sungguh time2 exam ni.. Alhamdulillah, penat2 pun, best coz dapat ulangkaji semua chapter form1, form2 n also form3.. Semoga berjaya semua murid AlAmin dalam peperiksaan nie~.. At the same time, we have to remember, peperiksaan di akhirat itu pasti, so, jangan ingat time peperiksaan sekolah je nak dekatkan diri pada Allah.. :)


Alkisahnya semalam ana agak tensen, ffuuh.. Pendidikan Islam, Tassawwur n Kemahiran Hidup.. sampai tgh jawab soalan ramai yang sakit perut coz xsempat makan.. ade juga yang tertidur time buat akaun.. lalala~ hahaha, seronok bersama rakan2 kat sekolah..
Petang td, lepas habis paper Science and Tasawwur, ana lari ke kantin untuk menyahut seruan makcik2 kantin.. aceceyh, lapar xmakan dek kekhusyukan kawe bersama buku~ Alhamdulillah, sudah makan, ana ke pondok banat.. Adelah adik2 sekolah rendah kat situ, mayb darjah satu (banin)..


Ana : Ya Allah, air sape tumpah ni.. Basah habis beg adik ni.. Kesian betul..
Amirul : Mana beg ana.. Tak jumpa lah.. Hisshh.. (smbil mmegang botol airnya)
Kaklong : Cutenya suara die.. haha, geram dgr..
Ana : Amirul letak kat mne beg amirul?
Amirul : Ntahla, td ade kat sni.. Beg kite beg Ben Ten.. Warna Hitam..
Haziq : Kakak, kalau kakak nak tahu.. Ben Ten tuh yang ni ha.. (smbil tunjuk beg lain yg ade gmbar Ben Ten) yang lelaki ni..
Ana : haha.. Akak kenallah Ben Ten yg mne.. akak selalu tgk tau, adik akak suka..
Haziq : Ohh, ana ni kan 'orang kuat' tgk astro taw.. (adess, die ckap kuat2)
Ana : haha, Haziq 'orang kuat'? Akak xkuatlah..hehe..
Then Haziq ketawe.. comel benar..
Ana : Ha.. ni beg Ben Ten sape ni?
Amirul : Beg ana!!
Kaklong : Ni warna biru lah Amirul.. kata hitam.. heh..
Ana : haha, korg duduk sni lama2 xpe ke ni..?
Haziq : Astaghfirullah!!!! Dorg dah start solat!!! Lupa!! Cepat!! (suara comel!)
Then die lari pergi dewan..

hahaha.. satu pondok banat gelak tgk gelagat dorg.. lagi2, time Haziq jerit "astaghfirullah", panik sume yg ade kat situh.. comel betul~

Friday, April 24, 2009

* 6 Days Without You *

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum Warahmatullah..


Eherm, post kali ni Insya Allah khas buat kaza yg tercinta :) Malam ni sampai hr rabu nabilah tidur sorg2 jelah yer kaza.. Rindu~ Apapun, nabilah doakan agar Allah permudahkan segala urusan2 antum semua kat sne~ Ana harap semua dapat sampaikan yang terbaik, Go AlAmin! GoOdluCk yer~!

Kump 1
1. Mohd Nabil Afham bin Mohd Fuad
2. Nurazah Fathirah binti Kamarulzaman
3. Khalidah Alhusna binti Kamilen
4. Muhammad Mu'az bin Omar
Kump 2
1.Khalilah Alhuda binti Kamilen
2. Nur Diyana binti Nastamimi
3. Nur Azlina binti Azizi
4. Wan Nur Ira Izyan binti Wan Izani

May Allah Bless All of You~ Love you Kaza..
Assalammualaikum~

Monday, April 13, 2009

! Bestnyer Usrah !

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum..


Pada 13 April 2009.. Pukul 2.30 ptg,. anak2 usrah Cg Liyana telah ziarah ke rumah ana~ Tujuan kami., masak Mee Bandung secara berjamaie~! wwah, sungguh xsabar nak masak sama2 ni.. hehe..


Ana : Cg, jom3~ naik pajero~ hehe
Cg : Jom2.. kita bertolak..


Dengan menaiki pajero cg., kami seramai 9 org bsama2 ke rumah ana~ baca doa naik kenderaan.. :)
Sesampai rumah ana, kami sediakan semua bahan2 yg akan digunakan untuk memasak..
Potong2 bawang, tumiskan bawang dgn rempah, masak air,. masukkan rempah, udang, fishball, sayur.. dan masaklah mee bandung~ dua tiga org ahli lg buat air lemon n sediakan dessert untuk kami~Ice Cream! hehe.. apa yg penting? kerjasama~!

Ehem,. nilah sedikit gambar kami masak berjama'ie..





kacau jangan xkacau.. :)




Dah susun? pastikan meja ni kemas..




wallah.. inilah dia.. Mee Bandung kami~

sedia nak makan.. baca doa'.. :)



ehem,. dlm proses menghias ice cream ni.. berwarna-warni hasilnya~

Baiklah, sampai disini sahaja,. senyum selalu.. ^__^

Assalammualaikum..

Wednesday, April 1, 2009

Rahsia Ibadah~



Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum..


Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimum 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, solat, berzikir, dan berdo'a.


Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita menggerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan do'a.


Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN


Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.


Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.


Untuk mengembangkan diri , sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenali dan disayangi.


di petik dari..
Thanks kak fathy~ love you~
*gambar sekolah.. Ana Saayaang Alamin~

Friday, March 20, 2009

*Penambahan Ahli....*

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum..

"Kebun di Batu Pahat sentiasa menjadi tarikan keluarga anak2 n cucu2 Haji MD Yunus untuk balik ke kampung. Terutama bila dah ade kambing yg comel yang beranak pinak sekarang ni. Kambing ni semua ada nama die..."

Alhamdulillah.. penambahan ahli dalam kandang kambing di kebun~ hehe.. nak tgk gambar2 anak2 kambing nih? ziarahlah blog sepupu ana,.

Abdullah Mursyid~

Senyum Selalu~~
^__^

Sunday, February 22, 2009

! Hal Nahnu Musta'iddun? !

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum Warahmatullah..

Usrati,,
Hidayah : Cg, td ana jumpa surat khabar ni.. Hari ni kita bincang pasal isu semasa boleh? Ni ade tajuk "Berani bercouple depan masjid".. ish3..
Cg Liyana : Humm, ok.. boleh.. jom kita baca..
Kami : Cg, knapelah dorg xrase malu nk buat bnde2 mcm tuh? xade manfaat punya..
Cg : Itulah, pernah x antunna rase nak bimbing seseorang yg termasuk dalam golongan2 mcm ni? Kalau antunna jalan2 mana2, terserempak dgn orang2 yg mcm ni., ape antunna nak buat?
Ana : Ooh, pernah2.. kalau boleh, kita ajak dorg kahwin terus~! hehe..
Cg : haha,.. Kalaulah dorg diberi peluang untuk kahwin.. rasenya, dorg nak x?
Lain : Mm, xkan2.. ~~
Cg : Haa.. ape2pun, berdasarkan hadith, kalau kita nampak sesuatu kemungkaran itu, mulanya kita kne cegah dgn tangan, kalau xmampu, kita cegah dengan lidah, kalau xmampu juga kita cegah dengan hati... Mencegah dgn hati itu adalah selemah2 iman..~


****~!! *****~!!! ****~!!!! (bunyi cermin slide surau jatuh) [serpihan kaca bersepah hingga ke hujung dewan]
Kami : Lahaulawalaquwataillabillah... (ade yg tutup mata..ade yg tergamam..)
Cg : Astaghfirullahalazim...
Humaira : Cg, nasib baik kita xduk depan tuh.. Alhamdulillah..
Cg : Ya Allah, cg teringat dlm Al-Quran ada sebut, semasa Hari Qiamat, semua manusia seolah2 xtahu dan xperasan yang hari itu Hari Qiamat.. Subhanallah..
Semua masih tergamam.. tak terkata..
Ana : Cg, kita terperangkap ni.. Cuba cg call Cg Syima.. Serpihan2 kaca ni bahaya, mesti bersihkan..
Cg : Mm, betul tu.. ~~~~
Lepastuh, kami bersihkan segala serpihan kaca dlm dewan.. sapu2.. vacuum2..
Ana : Humm, ni baru ujian kecil, mcm mne agaknya keadaan Palestine sana.. Mcm mana sukar dan seramnya Hari Qiamat kelak.. Astaghfirullah..

Bismillah..
So, apa ibrah dan mutiara2 yang tersirat dalam kejadian hari itu?
1) Dalam golongan manakah kita? Insya Allah, ana, antum n antunna kini berada di jalan yang betul.. "Man Saara 'Ala AlDarbi WaSala" .. Dan jalan yang betul itu adalah ISLAM sebenar..
2) Sudahkah kita bertaubat di atas segala kesalahan kita? Sungguh, xterhitung dosa2 yang kita lakukan..
3) Sudah cukupkah Cinta kita pada Allah S.W.T? Halang nafsu daripada perkara2 mungkar.. Cintailah 5 perkara.. ALLAH, RASULULLAH, IBUBAPA, UMMAH, dan KECEMERLANGAN dalam mendapatkn redha Allah..
4) dan yang paling penting.. Bersediakah kita untuk menghadapi sakaratul maut? Untuk meneruskan perjalanan kehidupan di akhirat sana?


"Ya Allahu Ya Ghafur, Engkau mengetahui bahawa hati kami telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.. Kekalkan kemesraan antara hati-hati kami akan jalanMu yang sebenar. Penuhkan hati kami dengan cahaya RabbaniMu. Lapangkanlah hati kami dengan iman dan keindahan tawakkal kepadaMu, Ya Allah.. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat tentangMU.. Jika kami ditakdirkan mati, Ya Allah.. maka matikanlah kami sebagai para Syuhada' dalam menjuangkan agamaMu.. Ya Allahu Ya Rahman.. perkenankanlah permintaan kami ini...." Ameen...

Ana harap, mutiara2 ini akan sentiasa kita bawa dimana kita berada dan kemana kita akan pergi..
Assalammualaikum..
Senyumlah selalu yer~~ ^_^

Wednesday, January 28, 2009

*Kebun oh Kebun*

Bismillahirrahmanirrahim



Gaza.. Apa tindakan kita?..

*Doa' itu SenjaTa MuKmin.. Qiammullail..
*Infa' bg membantu mereka..
*Belajar bersungguh2.. Ilmu, sangat penting..
*Mantapkan kefahaman Islam..
*Kuatkan Iman..
......................................................................................................

Assalammualaikum..

Hampir sebulan ana tak update blog ana, kaza pun dah tegur, blog ana berdebu mcm blog mubarak.. xpe2, nk updatelah ni.. hehe.

Raya Tahun Baru Cina (ahad, isnin, selasa), ana sekeluarga balik Johor.. Kampung ni, keluarga sebelah abi.. Memandangkan ummi brasal dari Kelantan, saudara2 ana dari Johor ni, teringinlah nak belajar masak Nasi Dagang.. waah.. jom2 kita masak.. Kami bertolak pagi, sampai kampung petang sbb singgah Muar, ziarah ibu saudara.. then, pergi KEBUN~!!

Subhanallah, ana rase kalau pergi kebun ni, mcm xnak balik.. hehe, nak duduk aje situ.. best sungguh~!.. nak tahu apa sbbnya? haa.. meh2.. inilah dia..



..tempat penternakan kambing.. (kandang kambing) sebelahnya, reban ayam, itik dan angsa.. hehe~



*PerTaniaN itu PerNiagaaN*





Kambing yang berbulu putih ni, bunting.. xlama lg tu, Insya Allah dapatlah rezeki.. cantikkan warna bulu dia?..



Ana bersama seekor anak kambing, usianya baru 2 bulan.. ffuuh, sangatlah manja.. :)



Ayah Anuar dan Abang Azri sedang memerah susu kambing.. Alhamdulillah..

Hehe, malam tu, kami dah mulakan operasi memasak.. bawang2.. halia2.. lengkuas2.. timun2.. lobak merah2.. cili2.. Dah siap sediakan bahan,, Esok paginya kami mula masak nasi dan lauk2nya.. ikan tongkol.. udang.. ayam.. Alhamdulillah,..

Family Maklong dan Ayah Hassan sampai petang tu, so.. kami pun ajaklah mubarak, mursyid, mubasyir dan humaira pergi kebun~!.. huhu, susah juga nak jaga kambing2 ni, mereka cerdik2 belaka.. :D Ana terfikir mcm mana Nabi Muhammad SAW kita mengembala kambing semasa beliau berumur belasan tahun, Subhanallah, pasti banyak ujian dan kesabaran yg perlu dihadapi..
*Ana sayang sangat kambing yg ana pegang tuh n seekor lg, kembarnya.. Dua2 manja, mcm anak kucing.. hehe, mereka sungguh memahami.. :)

Dah puas bermain, kami pun balik ke kampung.. Pada hari selasa, sebelum bertolak ke Kuala Lumpur, kami singgah sekali lagi ke kebun.. hehe, bye2 cutey2 kambing.. :) Ok, smpai disini sahaja pengalaman ana di kebun.. ^_^ Moga Ceria Selalu..

Assalammualaikum..