Sunday, November 30, 2008

* Beningnya Air yang Mengalir *

Assalammualaikum..


Semalam,, ana dapat satu tazkirah dari seorang senior.. Jadi,, kalau dah dapat sesuatu ilmu tu.. Ana sudilah nak share dgn atum n antunna yer.. Okeyh,.. Insya Allah post kali nie agak ringkas dan sesuai untuk semua, khususnya para arrijal..


Bismillahirrahmanirrahim..

Kita terus kepada apa yang senior ana sampaikan.. Pergerakan dan pemikiran manusia terbahagi kepada dua.. Yang pertama,, pergerakan dan pemikiran secara DINAMIK dimana manusia sentiasa bersikap inovatif dan kreatif dalam membuat sesuatu perkara.. Boleh juga dikatakan sebagai MAJU dalam bergerak dan berfikir.. Sebagai contoh (tidak ada kaitan dgn yang hidup dgn yang mati),, Fulan tinggal bersama keluarganya yang miskin.. Jika Fulan mempunyai pergerakan dan pemikiran secara dinamik, beliau akan sentiasa berusaha untuk mengubah keadaan hidup keluarganya yang miskin kepada hidup yang lebih senang.. Tentu dia akan belajar bersungguh2, berusaha sebaiknya, sentiasa berdoa dan memohon agar Allah membantu beliau dalam mencapai cita-cita dan yakin dengan kemampuan dirinya..

Ciri2 yang kedua pula ialah, pergerakan dan pemikiran secara PASIF dimana manusia hanya duduk statik dan tidak bergerak dlm mencapai apa yg dicitakan.. serta boleh juga dikatakan sbgi KURANG USAHA untuk berjaya.. Berlandaskan contoh pada ciri yg pertama td,, Jika Fulan mempunyai cara pergerakan dan pemikiran pasif,, mungkin terlintas juga dalam hati beliau untuk mengubah nasib keluarganya, namun, beliau tidak berusaha untuk menjadikan ia sbgi satu realiti.. Mungkin juga Fulan tersbut terus putus asa dan menganggap keadaan keluarganya akn berterusan miskin.. Dan mungkin juga Fulan tidak langsung ambil kisah dgn keadaan keluarganya.. (huhu, Insya Allah x..)

Maka, pergerakan manusia dalam ilmu fizik ini sesuai dengan analogi yang diberikan oleh Imam Syafie iaitu..
"Sungguh aku melihat air yang tergenang dan terhenti memercikkan bau yang tidak sedap. Andaikan saja ia mengalir, air itu akan terlihat bening dan sihat. Sebaliknya, jika engkau biarkan air itu berhenti menggenang, ia akan membusuk"

Analogi diatas diberikan oleh Imam Syafie untuk menggesa para arrijal di seluruh muka bumi ini agar sentiasa bergerak, maju kehadapan dan bukan sebaliknya iaitu hanya duduk statik.. Ini kerana apabila manusia bergerak, banyak benda dapat tertegah dengan daya pemikirannya yang matang dan luas terhadap sesuatu perkara.. Contohnya,, maksiat, dosa dan sebagainya.. Tetapi, cuba bayangkan jika manusia itu hanya duduk statik dan tidak menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya,, automatik maksiat dan dosa tersebut akan datang.. Nauzubillah..

Jadi,, apa yang kita boleh ambil iktibar dari anologi tersebut ialah dgn membuat pilihan samada kita mahu menjadi 'air yang bening apabila mengalir' (dinamik) atau 'air yang busuk baunya apabila berhenti daripada bergenang' (pasif).. Maka terserahlah pd diri antum dan antunna sekalian.. :)
Baiklah,, itu sahaja yang dapat ana kongsikan.. Semoga Allah merahmati antum n antunna yang membaca sambil mengambil iktibar dari apa yang ana sampaikan..

Dan semoga ceria selalu..
Assalammualaikum.. :)

14 comments:

Lurhaf said...

salam,., kagum dengan penulisan nti,., insyaallah ader kemampuan untuk jadik pakar motivai,.,

jom same2 gerak and tak statik,.,~!!

erw, sape yer senior yg bagi tazkirah nie? mesti hebat~!! ^_^

~salam,., lalala~

nf nabilah said...

wsalam..

jom2.. :)

nway,, terima kasih yer.. mm,, adelah sorg senior tuh, tp.. die mmg best~! hebat~! ffuuhh..

ok, thanks yer.. salam..

little hafiz.... said...

haha.. ana jd air yg wangi... so, mailah2 rami jd air yg wangi.. haha.. nice post..

semoga nti pon dpt gak kasi tazkirah cmnie..

ameen~!!

nf nabilah said...

ameen~!

mmm,.. adakah hizumashi btul2 wangi? Insya Allah, yer.. jom2..

thanks yer.. salam..

mitchie said...

urm..serious ana malu la ngn nt..urm..nice post..chaiyok!!

nf nabilah said...

salam.. izhani~! miss u~!

tp kan.. knape malu? huhu,, janganla malu2.. kayh..

thanks izhani.. salam..

! memory creator ! said...

salam ,
waah , hebathebat ,
senior nih kasik tazkirah time debat uia tu ke ?
if yess ,
rase ana taw sape .
hehe .,

keep on blog-ing nabilaah !
hafal banyak2 ye (^_^)

salam . huhu :]

nf nabilah said...

wsalam kaklong..

haha,, thanks~! mm, time debat UIA? hurm, yelahkut.. huhu..

ok, so do you.. :) salam..

ricemix said...

salam ziarah...waa bgs gak tazkirah yg disampaikan nie..

inilah sifat yg diperlukan oleh seorang iaitu saling menyampaikan dan pesan berpesan dgn pedoman hidup..

anyway..nice bolg..keep blogging..semoga kite akn mnjd air yg wangi..(mcm muaz ckp..)

nf nabilah said...

wsalam.. mm, btul3.. jom sama2 kita saling smpaikan tazkirah untuk semua.. :)

mm, thanks yer.. haha, ok2~! air yg wangi~! Insya Allah..

salam

..x-Lipas wanGi.. said...

manThOp2.. lalala~~

nf nabilah said...

huhu.. air wangi, lipas wangi.. wangi.. wangi.. wangi..

thanks yer kaza..

p/s, kaza pkai amik jer link org, kne marah nanti bru taw.. :]

salam

zharif20/nawi34 said...

erm.. bole ana taw, sape yang kasi tazkirah nie..

Anonymous said...

begitu juga dengan ana.. ingin benar rasanya utk mengetahui siapa dia yg memberi tazkirah ini.. salam..