Sunday, July 14, 2013

Piju

Bismillahirrahmanirrahim

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa berpuasa Ramadhan karena iman dan mengharap perhitungan (pahala), maka diampuni dosanya yang telah lalu"

Sahih Bukhari


Saja aku petik hadith yang ke 38 dari Kitab Al-Iman. Menurut hadith ini, Imam Bukhari telah memberi satu judul khas untuknya iaitu "Puasa dengan seikhlas hati adalah sebahagian dari Iman".

Hee, mengapa ya Imam Bukhari mengaitkan puasa dengan keimanan? Malah terdapat empat hadith berturut-turut dikaitkannya dengan "minal iman" ini. Tentang jihad, bangun malam dan juga qiam ketika Ramadhan. 

 إِيمَانًا وَاحْتِسَابً       

Makna dari perkataan di atas adalah "kerana Iman dan dengan mengharapkan perhitungan (pahala)". Allah is soo sweet! kerana Dia Yang Maha Mengetahui ini menghadiahkan kita sesuatu perintah bersama hikmah bagi hamba-hambaNya. Jadinya, bukan setakat menahan dahaga dan lapar kita diwajibkan untuk berpuasa tetapi bagaimana taribyyah Allah untuk mendidik kita supaya lakukannya dengan Ikhlas, Ihsan dan sentiasa mengharapkan redhaNya. Sungguh, Dialah Yang Maha Kaya dengan kasih sayang sehingga akan mengampuni segala dosa hamba-hambaNya yang telah lalu.

Justeru, mari kita padam sifat selain yang boleh membawa diri kita kepada taqwa. Adalah baiknya sepanjang Ramadhan ini kita praktiskan mulut kita untuk sentiasa senyuumm. ^_^

Hihi, by the way, Piju sebagai tajuk adalah daripada nama manja yg aku berikan untuk anak buahku, Hafidzuddin. Mungkin dari perkataan Fi-Zu, dan langsung jadi Piju! sesuai dengan wataknya yang mesra dan ceria. :) hehe. Saja. rindu dengannya dan setia menunggu kepulangan dia dari rumah Atok dan Nenek Shah Alam. Okeh, masuk waktu 'Asar. Jom kita solat!