Bismillahirrahmanirrahim
" Semua yang ada di bumi itu akan binasa."
" tetapi wajah Tuhanmu yang memiliki kebesaran dan kemuliaan tetap kekal."
" Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
" Apa yang di langit dan di bumi selalu meminta kepada-Nya. Setiap waktu di dalam kesibukan."
" Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
" Kami akan memberi perhatian sepenuhnya kepadamu wahai manusia dan jin!"
" Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
" Wahai golongan jin dan manusia! Jika kamu sanggup menebus penjuru langit dan bumi, maka tembuslah. Kamu tidak akan mampu menembusnya kecuali dengan kekuatan dari Allah."
Ar-Rahman : 26-33
1 Ramadhan 1434H sudah tiba. Alhamdulillah! Datang lagi nikmat yang wajib kita syukuri. Nyawa yang sememangnya tidak akan mampu dibeli oleh seorang hamba. Bila aku muhasabah kembali, terlalu banyak dosa bagiku ini kerana manusia memang tak bisa lari dari penyakit lupa dan alpa. Hanya tarbiyyah itu sendiri yang mampu memandu diriku memilih untuk apa aku fikirkan, lakukan sesuatu dan percakapanku.
Iya iya, jika dibuat satu pol tentang ini, sudah tentu ramai yang memilih untuk undurkan semula masa dan perbaiki segala kesilapan yang mereka pernah lakukan. err, juga tidak di nafikan, aku sering berperasaan begitu. Lantas, qalamMu ini yang dapat memujuk hati ini Ya Rabb.
"Apa manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman." dan mereka tidak diuji?" Al-Ankabut : 2
"Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan . Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar." Al-Baqarah : 155 Ya! kita tidak boleh undurkan masa dan mulakan permulaan yang baru. Tapi, kita boleh bermula hari ini untuk pengakhiran yang baru! Justeru, mari manfaatkan Ramadhan kita tahun ini! Haruslah berperancangan(dari sudut iman, ibadah dan target sesudah Ramadhan) dan bukan masih bergoyang kaki. Jangan biarkan Ramadhanmu berlalu tanpa erti. :) #Mohon ampun dariku atas segala kesilapan yang pernah dilakukan tanpa sengaja atau sebaliknya. Maaf zahir dan bathin. Nurfatmah Nabilah binti Kamarulzaman Batho |
1 comment:
Salam...post yg menarik,penuh dgn ilmu dan amat bermanfaat...syukran,keep it up..:)
Post a Comment