Thursday, May 10, 2012

Lapang


Bismillahirrahmanirrahim.

Sunrise!
"Katakanlah (Muhammad) : Bagaimana pendapatmu, jika Allah menjadikan untukmu malam itu terus-menerus sampai hari kiamat. Siapakah Tuhan selain Allah yang akan mendatangkan sinar terang kepadamu? Apakah kamu tidak mendengar?"

"Katakanlah (Muhammad) : Bagaimana pendapatmu jika Allah menjadikan untukmu siang itu terus menerus sampai hari kiamat. Siapakah Tuhan selain Allah yang akan mendatangkan malam kepadamu? 
Apakah kamu tidak memerhatikan?

"Dia jadikan kamu malam dan siang, agar kamu beristirehat pada malam hari dan agar kamu mencari sebahagian karunia-Nya pada siang hari dan agar kamu BERSYUKUR"

Al-Qasas : 71, 72, 73

Sudah. Lebih kurang dua minggu lagi aku bakal daftarkan diri ke Universiti Sains Islam Malaysia. Subhanallah, lima bulan beroleh masa lapang seperti terasa begitu cepat. Kalendar yang dulunya tebal sudah hampir separuh aku koyakkan. Masa sehari begitu pantas sepantas mengoyakkan kertas kalendar sebegitu. Jujurnya aku belum bersedia menerima gelaran mahasiswi. But well, life must go on. Matlamat kita Allah. dan selagi ruh ini belum diangkat, aku akan terus berjuang dengan berpegang pada satu nama yang bertakhta di hati, Allah.

Hm. Apapun,aku amat bersyukur. Allah susun diri ini belayar dalam bahtera bagi aku bertuah. Perlu menghadapi ombak besar berlikuan tajam. Setiap kali aku naik speed aku untuk terus maju, ada saja jatuh bangun, sakit, payah dan susah. But hey friends, Alhamdulillah, I received so many lessons and I tried to empower my strength every each obstacle He gave. :) Bukan ingin sibuk habiskan masa ceritakan masalah yang aku hadapi, tapi insyaAllah aku rajinkan diri untuk post di ruang blog supaya perkongsian aku bermanfaat pada anda-anda semua ^_^

"Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan . Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar." Al-Baqarah : 155

Sahabat aku sayangi sekalian, jujurnya, selama setahun aku belayar di bumi Allah ini tanpa insan yang boleh aku gelar "abah", "ayah", mahupun "baba" memang amat mencabar. Mulanya aku sering letakkan mindset, "habislah nabila, dah tak ada lagi sesiapa yang boleh bagi semangat pada awak." Jika dulunya, aku boleh mengadu bercerita & minta pendapatnya, aku belajar berbagai ilmu kehidupan, ilmu tenaga dalaman,(since he was once a tabligh), knowledge on how to perform a good speech (he was a motivator for students in U), knowledge about science and technology (he was an engineer and architect both), about history and so much more smpaikan boleh aku gelar dia sebagai "kamus berjalan",heh. Tetapi sekarang, tiada lagi. ^_^


But hey friends, Allah knows the best for us :) Dari situ aku belajar bagaimana untuk tidak bergantung pada parent semata-mata untuk mencari ilmu Allah yang sangat luas. Aku mula beranikan diri untuk terus maju. Aku terima cabaran untuk ambil Sijil Pelajaran Malaysia dan terus kejar what I had desire since before the incident. Dan memang, segala kekuatan ini hanya daripada Allah Subhana Wata'ala. 

The most important is, you just have to Dare to Dream and Try to Spread the Ukhuwwah and the Love to everyone! Surely it's really nice!


Spread the love! <3
Tamat SPM, aku bulatkan satu desire bahawa aku akan isi sepanjang cuti ini dengan something that will be very mean to me dan sangat bermanfaat tidak kisah dari apa sudut pun. So what I did is, I asked and prayed every single time to God that I eagerly want to do the best in this leisure. 

"Bismillah. Ya Allah, letakkanlah aku pada waktu dan tempat yang terbaik untukku supaya aku tidak tersasar. Ameen."

Jadi, aku sempat bekerja dengan syarikat, IP MINDA sdn bhd. dan SMART STUDY kids sebagai fasilitator program motivasi pelajar. Alhamdulillah dengan keizinan Ummi tercinta, aku tekad untuk travel dengan fasililtator lain yang tidak aku kenali ke Port Dickson bagi menjalankan program. And,,, Subhanallah! In the mean time we arrived to the hall, i realized that among all of us (fasi), I'm the only teenager and suprisingly all of them are married! Mulanya rasa seperti ada barrier antara diri ini dengan mereka yang haybat. Tetapi tanggungjawab harus aku laksanakan. Justeru, aku mulakan dengan senyuman. :) Senyum memang amat berkesan dalam ta'aruf. Huhu, and alhamdulillah it wasn't that hard. The program was pretty smooth and the good part is I satisfied the job I've done. Alhamdulillah. But, the best part is....kami makan malam sempena menjayakan program di Restoran Ikan Bakar Bagan Lalang ^_^ what a great time.


So in January, I was so busy preparing my sister's wedding. Alhamdulillah. Allah mungkin uji kami sedikit dengan mengambil ayahanda yang telah Dia pinjamkan pada kami. Namun, He knows the Best for us. Allah juga lah yang berikan hadiah seorang lagi ahli baru yang boleh menjadi peneman bagi Ummi untuk share masalah di tempat kerja :) oh ya, dan aku bakal menjadi auntie! insyaAllah.

and they are truly sweet!
********************


Mesir. Kaherah. Madinat Nasr. Sabie. Beit Saifuddin Qutuz.
-the city of love-
Kubu Sultan Salahuddin Al-Ayyubi
Februari, Alhamdulillah. Allah bagi peluang untuk aku berjaulah sambil belajar ke Bumi Ambiya', Mesir. Semuanya berlaku terlalu pantas. Dengan keizinan dari Ummi dan setelah berbincang bersama bapa saudara terdekat, aku pergi secara persendirian dan beranikan diri untuk keluar dari zon selesa ke negara yang dikatakan mundur, susah, rakyat yang amat padat dan negara bergolak disebabkan politik masih kurang stabil. Perjalanan aku ke sana tidaklah sunyi kerana aku ditemani seorang sepupu dan pelajar perubatan Mesir yang ingin pulang ke menara gading masing-masing. 


Ahli Beit.
Subhanallah. Memori indah. Jujur, sepanjang dua bulan lebih aku berhijrah ke sana, aku tidak tertarik sepenuhnya dengan panorama indah negara bersejarah itu. Apa yang sangat berharga lebih dari mutiara yang boleh aku kutip adalah tersirat dalam perkataan,,
Ukhuwwah Fillah :) 
Terasa manis, manis sungguh kemanisan Iman apabila kita mencintai kawan, rakan, kenalan, sahabat dan semua manusia di sekeliling hanya kerana Allah. Aku belajar sesuatu yang baru, di Program Step12 di Al-Azhar Conference Center, lectured by Dr. Harlina Mohd Siraj dan Dr. Hafidzah Mustakim, which is, every time you recite Doa Rabithah, pray for all the Muslims around the world and every time you acquainted with someone new, say to him/her, "I have saw you in my Doa. and now, I see you in front of me, for real." Subhanallah, sweet isn't it? :) hehe. 


Dan ia menjadi sangat manis apabila kita yakin dengan apa yang kita beri, kita akan terima ganjarannya. What you give, you get back. Aku selalu jadikan kisah Saidina Ali dan Saidatina Fatimah Azzahra, kisah mereka memberi sekeping roti kepada orang yang dalam kelaparan. See friends, Allah always knows our good deeds we contributed for His religion. And He will always there to help those who helped His religion. So, spread your deeds! Hidup ini lebih bermakna dengan memberi :)


^__^
 Hmm ^_^ for the record, banyak sangat pengalaman yang ingin aku kongsikan. But hey, insyaAllah, jika ada masa untuk bertemu dan bercerita, aku sudi memberi. :) Balik dari Mesir, aku sempat join Daurah SMIAAG, Latihan Kader Du'at Musleh, Usrah & Driving lessons! Semoga dengan ini Allah meredhai jalan aku. Sama-sama doakan untuk semua~ 
To all ex-SPM candidates, Salam Bertebaran di Bumi Allah. Letakkanlah Allah sebagai objektif pertama agar kita semua berjaya bukan hanya di dunia tapi turut di akhirat nanti, Ameen. :)


Terharu. Sejak form 2, aku berangan untuk ziarah Sungai Nil.  Dan kini,  aku kongsikan pemandangan  indah ini untuk anda!
Akhir kalam, sahabat yang aku cintai kerana Allah, koreksilah diri anda. :) Anda akan rasa sangat beruntung menjadi diri anda sendiri! Have faith to Allah and dare to dream whatever you're being desire to. With Allah, nothing will be impossible. Truly, 

"Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakan, Allah pasti mengetahuinya. Dia mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." 
Ali Imran : 29

Discover The Beauty of Allah ^_^

Catch His Love!

4 comments:

Unknown said...

subhanallah, bagusnya kisah awk di waktu cutikan!! U'really seeking something that can give u knowledge n experience..
Moga terus tabah ye sahabat :)

Anonymous said...

we are all travelers in the wilderness of this world, and the best we can find in our travels is an honest friend - Robert Louis Stevenson

nahmri. said...

Teruskan menulis untuk hati2 para readers mendekati dan mencintai Allah. love you eternally dear ^^

Anonymous said...

Teruskan berjalan, alam ini luas dan sangat perlu untuk diteroka.. Hidup ini sendiri merupakan ujian.. Semoga berada dalam penjagaan Allah sentiasa..

p/s: let's change, to convince the future that a 'utopia' that had been in the past (prophet's time) can be held once more, this time.