Thursday, June 25, 2009

* Sang Perindu *



Bismillahirrahmanirrahim..

"Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati."
Hadis 6 : 40 Imam An-Nawawi.

Ramai bertanya,
"Anti stress ke?"
Maka aku juga ingin bertanya..
padamu Hatiku :
"Dikau tertekan kah, duhai hati?"
Kerana akalku memberitahu
bahawa mindaku tidak kusut,
badanku tidak penat,
emosi aku tetap berombak,
maka yang tinggal hanyalah
"Wahai hati, adakah dikau tertekan?"
kerana bingung,
kerana rindu,
apabila sudah menjauh?

Ketahuilah,
Roh, Jasad, Akal dan Hati,
merindui Penciptanya..
merindui kitab al-Haq,
merindui naiknya iman,
merindui amar ma'aruf,
juga nahi mungkar...

Sakit abdominal tiada henti itu tandanya,
bibir yang mengeluh itu tandanya,
juga jiwa yang tidak stabil,
petanda Hati yang sedang Merindu....
Prihatinlah akan bisikan rindu itu,
yang jauh, didekatkan semula,
kepada si Dia Yang Maha Esa...

^__^
:: gambar sekadar hiasan ::

Monday, June 22, 2009

Pengorbanan Seorang Guru..

Bismillahirrahmanirrahim..


Petang tu, ana balik sekolah lambat mcm biasa, cuma perasaan terlebih gembira, alhamdulillah, dapat juga sampaikan yang terbaik.. kaklong, nuna, thanks bg semangat~ haha :)


On the way balik rumah, kami nmpak seorg guru, (berjalan kaki) menuju ke pintu hdapan UIA, "eyh!! Ust!!" Ummi berhenti ditepi jalan ( walaupun dah terlajak jauh), ana n kaza turun n mnuju ke arah Ust..

"Ust,. ust nk pi mne?" "Ust nak pi masuk UIA nuh, nk naik bas ke lrt taman melati" "Oh, rumah kitorg dkat Taman Melati lah Ust.. Jom naik kreta.." "Lah yeke ni, malulah Ust.. hehe"

Dalam kereta

Ummi : Ust naik apa tiap2 hari pi skolah? Lrt?
Ust : Yelah, sebenarnya naik motor.. tp, saya kne accident bulan 4 hr tuh.. sakit otot kat kaki n ada masalah dalam telinga, so, doktor xbg naik motor..
Ummi : Rumah Ust kat mne? Taman Melati?
Ust : Eyh, rumah saya kat Rembau, Negeri Sembilan.. tulah yg xboleh naik motor nya., otot kaki xlarat nk bawak 3 jam.. nak naik kereta pulak, tol RM50 pergi balik, xlarat lah klu mcm tu..
Ummi : Ya Allah.. Rembau? jauh tu.. dahtu, xboleh naik motor Ust naik ape?
Ust : Dari Rembau naik bas, pastuh naik komuter, terus naik bas balik, sambung ke KL sentral, pastuh naik lrt, naik bas, smpai UIA, jalan kaki smpai sekolah.. :) *jalan kaki*
Ummi : Masya Allah, tgk tuh, pengorbanan guru Al Amin ni.. kalau murid xhargai, xbelajar betul2, xtahulah mcm mne nk cakap..
Ust : haha, tulah.. ni pun saya nk pi lrt sbb saya tumpang rumah adik saya kat area2 taman melati, xlaratlah nk jalan kaki setiap hari dr Rembau ke Gombak.. nanti smpai lrt, puan boleh hantar saya depan bangunan tu. saya jalan kaki pi rumah adik saya, dekat aje..
Ummi : Kalau Ust duk rumah adik Ust, Ust balik Rembau?
Ust : hmm... saya mungkin balik Rembau dlm dua kali seminggu gitulah..

Masya Allah, xterhingga ucapan terima kasih dr ana kepada Ust ini kerana sanggup dtg sekolah mengajar kami.. "Ya Allah, berilah ketenangan yang berterusan kdlm hati Ust ku ini.. Permudahkanlah segala urusan2 ust dlm kehidupan seharian beliau.. Berkatilah kesemua guru-guru ku, Ya Allah.. Kuatkanlah semangat mereka ketika melayan karenah-karenah kami.. Bantulah aku untuk mmbuktikan sayangnya aku pada guru2ku, walaupun aku tahu xkan mampu aku membalas segala jasa-jasa mereka.. Ameen.."

Ana harap antum n antunna dpt ambil ibrah dr kisah ni, n berusahalah ntuk mnjaga hati dan menghargai jasa guru-guru kita.. :)