Wednesday, September 2, 2009

:: Ramadhan Kareem ::


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum warahmatullah..

I'm here again lately wishing 'Happy Ramadhan Kareem~!!' to all my visitors.. In this month full of karamah, we should use these food for thought in seeking the Pleasure of Allah.,

*Solah Dhuha everyday
*Tilawah Al-Quran at least 10 pages a day
*Tarawih surely every night
*Sedakah
*Qiammullail :)
*Ihsan in doing anything
And of course, the most important thing is our Niah..

Biiznillah, we all form three pupils will have a 'Big Bang' exam, which is PMR it is on this October seventh to thirteenth,. Hope that all of you could pray for us to get the best result ( 9As ) and able to make us all proud.. Ameen :)

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Kembalikan Al-Quds

Arena berubah membawa isi dunia,
Di Selatan Bilad al-Sham bergelutlah takhta,
Hancur keistimewaan di kaca mata,
Namun Palestin, kau tetap di jiwa,.

Luangkan masa, fikirkan semula,
Bangkit! Bangkitlah kamu dari lamunan dusta dunia,
Kembalilah kepada fitrah manusia,
Ingat ini sentiasa,
INI SEJARAH KITA.,

Al-Aqsa tertegak menjadi masjid kedua,
Qiblah muslimin pertama,
Ruang tanah suci berdirinya tiang agama,
Namun,
Apakah tindakanmu wahai umat Muhammad?
Adakah hanya membenci perbuatan mereka?
Setelah masjidmu ini dibakar?

Qalam ini mampu menggegarkan dunia,
Bumi ini menjadi saksi kekejaman mereka,
Membunuh! Menyeksa! Tidak kira usia,.

Setiap detik, tangisan anak-anak kedengaran,
Bom gugur bak hujan membawa bencana,
Duhai generasi Islam,
Bukankah kita saling bersaudara?
Bersatulah! Kembalilah kuasai dunia,.

Al-Quds bukan amanah penduduknya sahaja,
Sedarlah ia adalah hak milik kita,
Sedarlah Yahudi telah mengkhianati kita,
Ya! Al-Quds mesti dipertahankan,
Walau dengan apa jua cara,
Hatta tergadai tubuh dan nyawa..

Just a reminder for us, in case we forgot,.
"Allahumma nsuril islama wal muslimin.. fi kulli makan.. wa fi kulli zaman.. Ameen"

Thursday, July 16, 2009

*Singgahsana Mereka*

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, pd 12 Julai 2009, kami (Kelab PRS) adakan lawatan ke rumah anak yatim di Rawang. Semua aktiviti berjalan dgn lancar.. Walaupun, adik2 di sana agak malu ketika permulaan program.. hehe.. tgk tu, semangat mereka pakai baju melayu, mcm hari raya pula :)





ok, ana xde masa nk main2 dgn mereka., hum, ade kerja nk dibuat~ MaSak!! kami ke kedai untk beli barang2 dapur.. jngan terkejut, kat sne mcm duk kat arab saudi zaman dulu, semua orang kat sekitar rumah kedai stuh,yg perempuan pakai tudung labuh dan baju kurung or jubah, yang lelaki pakai kopiah n baju melayu., even org kedai pun. *suka bangat mlihat kesopanan org2 kt situh~

semua barang2 dapur disimpan di sini,.


ok, ayam digoreng nak masak kicap~


eating time~!

baiklah, ini baju adik2 kita ni di bilik atas.,


*ada seorang pakcik muka arab skit tuh, dielah ayah kami di sini*

comel2 mereka ni, yg paling ramah sekali, ezat~! fuh, siap duk atas riba lg.. yg paling comel, syakirin~! huhu,. rindu sama mereka.

Baiklah, maaf jika terlalu ringkas. Insya Allah, akan ditambah lagi gambar, sila2lah nantikan.. :P

Salam ^_^

Thursday, June 25, 2009

* Sang Perindu *



Bismillahirrahmanirrahim..

"Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati."
Hadis 6 : 40 Imam An-Nawawi.

Ramai bertanya,
"Anti stress ke?"
Maka aku juga ingin bertanya..
padamu Hatiku :
"Dikau tertekan kah, duhai hati?"
Kerana akalku memberitahu
bahawa mindaku tidak kusut,
badanku tidak penat,
emosi aku tetap berombak,
maka yang tinggal hanyalah
"Wahai hati, adakah dikau tertekan?"
kerana bingung,
kerana rindu,
apabila sudah menjauh?

Ketahuilah,
Roh, Jasad, Akal dan Hati,
merindui Penciptanya..
merindui kitab al-Haq,
merindui naiknya iman,
merindui amar ma'aruf,
juga nahi mungkar...

Sakit abdominal tiada henti itu tandanya,
bibir yang mengeluh itu tandanya,
juga jiwa yang tidak stabil,
petanda Hati yang sedang Merindu....
Prihatinlah akan bisikan rindu itu,
yang jauh, didekatkan semula,
kepada si Dia Yang Maha Esa...

^__^
:: gambar sekadar hiasan ::

Monday, June 22, 2009

Pengorbanan Seorang Guru..

Bismillahirrahmanirrahim..


Petang tu, ana balik sekolah lambat mcm biasa, cuma perasaan terlebih gembira, alhamdulillah, dapat juga sampaikan yang terbaik.. kaklong, nuna, thanks bg semangat~ haha :)


On the way balik rumah, kami nmpak seorg guru, (berjalan kaki) menuju ke pintu hdapan UIA, "eyh!! Ust!!" Ummi berhenti ditepi jalan ( walaupun dah terlajak jauh), ana n kaza turun n mnuju ke arah Ust..

"Ust,. ust nk pi mne?" "Ust nak pi masuk UIA nuh, nk naik bas ke lrt taman melati" "Oh, rumah kitorg dkat Taman Melati lah Ust.. Jom naik kreta.." "Lah yeke ni, malulah Ust.. hehe"

Dalam kereta

Ummi : Ust naik apa tiap2 hari pi skolah? Lrt?
Ust : Yelah, sebenarnya naik motor.. tp, saya kne accident bulan 4 hr tuh.. sakit otot kat kaki n ada masalah dalam telinga, so, doktor xbg naik motor..
Ummi : Rumah Ust kat mne? Taman Melati?
Ust : Eyh, rumah saya kat Rembau, Negeri Sembilan.. tulah yg xboleh naik motor nya., otot kaki xlarat nk bawak 3 jam.. nak naik kereta pulak, tol RM50 pergi balik, xlarat lah klu mcm tu..
Ummi : Ya Allah.. Rembau? jauh tu.. dahtu, xboleh naik motor Ust naik ape?
Ust : Dari Rembau naik bas, pastuh naik komuter, terus naik bas balik, sambung ke KL sentral, pastuh naik lrt, naik bas, smpai UIA, jalan kaki smpai sekolah.. :) *jalan kaki*
Ummi : Masya Allah, tgk tuh, pengorbanan guru Al Amin ni.. kalau murid xhargai, xbelajar betul2, xtahulah mcm mne nk cakap..
Ust : haha, tulah.. ni pun saya nk pi lrt sbb saya tumpang rumah adik saya kat area2 taman melati, xlaratlah nk jalan kaki setiap hari dr Rembau ke Gombak.. nanti smpai lrt, puan boleh hantar saya depan bangunan tu. saya jalan kaki pi rumah adik saya, dekat aje..
Ummi : Kalau Ust duk rumah adik Ust, Ust balik Rembau?
Ust : hmm... saya mungkin balik Rembau dlm dua kali seminggu gitulah..

Masya Allah, xterhingga ucapan terima kasih dr ana kepada Ust ini kerana sanggup dtg sekolah mengajar kami.. "Ya Allah, berilah ketenangan yang berterusan kdlm hati Ust ku ini.. Permudahkanlah segala urusan2 ust dlm kehidupan seharian beliau.. Berkatilah kesemua guru-guru ku, Ya Allah.. Kuatkanlah semangat mereka ketika melayan karenah-karenah kami.. Bantulah aku untuk mmbuktikan sayangnya aku pada guru2ku, walaupun aku tahu xkan mampu aku membalas segala jasa-jasa mereka.. Ameen.."

Ana harap antum n antunna dpt ambil ibrah dr kisah ni, n berusahalah ntuk mnjaga hati dan menghargai jasa guru-guru kita.. :)

Tuesday, May 26, 2009

*Adik-adik Al-Amin*

Bismillahirrahmanirrahim..

waahh, penat sungguh time2 exam ni.. Alhamdulillah, penat2 pun, best coz dapat ulangkaji semua chapter form1, form2 n also form3.. Semoga berjaya semua murid AlAmin dalam peperiksaan nie~.. At the same time, we have to remember, peperiksaan di akhirat itu pasti, so, jangan ingat time peperiksaan sekolah je nak dekatkan diri pada Allah.. :)


Alkisahnya semalam ana agak tensen, ffuuh.. Pendidikan Islam, Tassawwur n Kemahiran Hidup.. sampai tgh jawab soalan ramai yang sakit perut coz xsempat makan.. ade juga yang tertidur time buat akaun.. lalala~ hahaha, seronok bersama rakan2 kat sekolah..
Petang td, lepas habis paper Science and Tasawwur, ana lari ke kantin untuk menyahut seruan makcik2 kantin.. aceceyh, lapar xmakan dek kekhusyukan kawe bersama buku~ Alhamdulillah, sudah makan, ana ke pondok banat.. Adelah adik2 sekolah rendah kat situ, mayb darjah satu (banin)..


Ana : Ya Allah, air sape tumpah ni.. Basah habis beg adik ni.. Kesian betul..
Amirul : Mana beg ana.. Tak jumpa lah.. Hisshh.. (smbil mmegang botol airnya)
Kaklong : Cutenya suara die.. haha, geram dgr..
Ana : Amirul letak kat mne beg amirul?
Amirul : Ntahla, td ade kat sni.. Beg kite beg Ben Ten.. Warna Hitam..
Haziq : Kakak, kalau kakak nak tahu.. Ben Ten tuh yang ni ha.. (smbil tunjuk beg lain yg ade gmbar Ben Ten) yang lelaki ni..
Ana : haha.. Akak kenallah Ben Ten yg mne.. akak selalu tgk tau, adik akak suka..
Haziq : Ohh, ana ni kan 'orang kuat' tgk astro taw.. (adess, die ckap kuat2)
Ana : haha, Haziq 'orang kuat'? Akak xkuatlah..hehe..
Then Haziq ketawe.. comel benar..
Ana : Ha.. ni beg Ben Ten sape ni?
Amirul : Beg ana!!
Kaklong : Ni warna biru lah Amirul.. kata hitam.. heh..
Ana : haha, korg duduk sni lama2 xpe ke ni..?
Haziq : Astaghfirullah!!!! Dorg dah start solat!!! Lupa!! Cepat!! (suara comel!)
Then die lari pergi dewan..

hahaha.. satu pondok banat gelak tgk gelagat dorg.. lagi2, time Haziq jerit "astaghfirullah", panik sume yg ade kat situh.. comel betul~

Friday, April 24, 2009

* 6 Days Without You *

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum Warahmatullah..


Eherm, post kali ni Insya Allah khas buat kaza yg tercinta :) Malam ni sampai hr rabu nabilah tidur sorg2 jelah yer kaza.. Rindu~ Apapun, nabilah doakan agar Allah permudahkan segala urusan2 antum semua kat sne~ Ana harap semua dapat sampaikan yang terbaik, Go AlAmin! GoOdluCk yer~!

Kump 1
1. Mohd Nabil Afham bin Mohd Fuad
2. Nurazah Fathirah binti Kamarulzaman
3. Khalidah Alhusna binti Kamilen
4. Muhammad Mu'az bin Omar
Kump 2
1.Khalilah Alhuda binti Kamilen
2. Nur Diyana binti Nastamimi
3. Nur Azlina binti Azizi
4. Wan Nur Ira Izyan binti Wan Izani

May Allah Bless All of You~ Love you Kaza..
Assalammualaikum~