Bismillahirrahmanirrahim..
"Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati."
Hadis 6 : 40 Imam An-Nawawi.
Ramai bertanya,
"Anti stress ke?"
Maka aku juga ingin bertanya..
padamu Hatiku :
"Dikau tertekan kah, duhai hati?"
Kerana akalku memberitahu
bahawa mindaku tidak kusut,
badanku tidak penat,
emosi aku tetap berombak,
maka yang tinggal hanyalah
"Wahai hati, adakah dikau tertekan?"
kerana bingung,
kerana rindu,
apabila sudah menjauh?
Ketahuilah,
Roh, Jasad, Akal dan Hati,
merindui Penciptanya..
merindui kitab al-Haq,
merindui naiknya iman,
merindui amar ma'aruf,
juga nahi mungkar...
Sakit abdominal tiada henti itu tandanya,
bibir yang mengeluh itu tandanya,
juga jiwa yang tidak stabil,
petanda Hati yang sedang Merindu....
Prihatinlah akan bisikan rindu itu,
yang jauh, didekatkan semula,
kepada si Dia Yang Maha Esa...
^__^
:: gambar sekadar hiasan ::
7 comments:
cinta sang pencelup warna
6 tahun lalu,
sang pencelup warna,
tugasnya, memberi warna
warna-warna cinta salah
tertumpah merah
tergigit hisap jilat barah
akibatnya, hanya air mata dan darah
dicelup jiwa yang biru,
damai konon, rupanya haru,
dibenih cinta baru,
namun lebih keliru
hijau! kata sang pencelup warna
dengan kain yang cacamarba,
kunih hitam coklat semua terpalit
cintanya cuma kulit
sepatutnya
biarlah cinta itu putih
PUTIH BERSIH!!
sajak menarik ya dong~ syukran!!
saya kenal sajak di atas ini!!!!!!!
andai kata hati ini bisa berkata, sudah tentu,
hati ini bakal mengatakan,
ye! aku mmg stress dgn sikap kolotmu(si punya hati)
namun,
hati ini x bisa mengata,
jadi,
tingkatkanlah iman di dalam hati,
agar hati ini x stress,
haha, xde kena mengena, sje2 jea, btw, mmg sedap sajak nie, u get A+++++, kalu ciplak nyer e+++++++, haha:P
the hearth cried for something,
that can lead it to the path of truth,
the hearth cried for something,
that can help it to stay calm,
someone who could help it,
try and try,
the fear come,
the hearth try to fight it,
make it stable,
and only afraid to Allah,
searching for the halawatul iman,
it cant be found,
if the dangerous path wasn't pass,
just because i'm losing,
doesn't mean i'm lost,
doesn't mean i'll stop,
for the search.
i can't be arsed to carry on this poem,
have no idea already.
xD
hasil nukilan:kotak hati dan akal fikiran seorang manusia.
._.
hm....... nk ckp pe eh???? hahahaha
main matematik.
"ada 5 orang budak. seorang adalah anda. 3 orang adalah budak baik. 1 orang adalah budak nakal dan tak nampak baik."
Menurut kiraan ini.. 5 - 1 = 4. Bermakna, Anda masih lagi punyai berbaki 4 manusia yang ingin jadi baik, jika anda membuang kawan yang agak taknampak baik itu.
~dunia sungguh zalim, mentang2 lah yang taknampak baik tu hanya seorang... suka2 dibuang~
anda zalim kah?
nota : baling batu pecah tingkap
bila kita susah selalu sangat jadi macam ni
Post a Comment