Monday, April 4, 2016

Kemaskini-OPKIM

Bismillahirrahmanirahim



Nabi Musa berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, Supaya mereka faham perkataanku; Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku.Iaitu Harun saudaraku; Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku, Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku, Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu, Dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu; Sesungguhnya Engkau adalah sedia melihat dan mengetahui hal ehwal kami".

(Taha : 25-35)

Huahhh.. siapa sangka setelah beberapa tahun meninggalkan dunia menulis di laman blogger, aku kembali bersemangat untuk memulakan semula penulisan. Dan insyaAllah looking forward untuk terus istiqamah dalam dunia ini. Some factors yang menjadi motivasi adalah diri ini sudah melangkah ke hujung alam pre-klinikal, banyak pengalaman-pengalaman yang sebenarnya membuahkan seribu satu semangat dan batu loncatan untuk aku terus kuat mengembara di alam medik yang mencabar ini. 

Buktinya, when it comes masa-masa yang memerlukan kekuatan, kadangkala dengan membaca penulisan sendiri lebih memberi ruh dan iltizam yang tinggi. Sungguh, bukan saja dapat berkongsi dengan pembaca (tak perlulah kan aku risau berapa ramai sebenarnya yang membaca pui3), sebenarnya dengan menulis aku memperingati diri akan kenangan dan pengajaran kehidupan. Plus, somehow.. ia sangat membantu mengaktifkan dan memberi keseimbangan sel-sel neuron di bahagian otak kanan (baca : kreativiti) dan juga otak kiri (baca : penguasaan bahasa). hehe, ambuiihh.

...

Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM)

Parit Jawa-Parit Bakar, Muar, Johor


Kini, aku berada di hujung pre-klinikal di Fakulti Perubatan USIM, mengharungi pengakhiran tahun tiga dan akan menduduki Peperiksaan Professional pada bulan Mei nanti, insyaAllah. Alhamdulillah, syukur akan perjalanan hidup sepanjang 22 tahun diberi nikmat nyawa, kesihatan dan peluang menuntut ilmu. 


Saja aku kongsikan di sini pengalaman ke OPKIM di Muar, selama tiga hari berprogram bersama masyarakat kampung. Berkhidmat bersama batchmates seramai 39 org pelajar perubatan. Tak dapat aku nafikan, peluang turun melihat sendiri keadaan org kampung which absolutely jauh bezanya dari keadaan di bandar KL from where I am living. Semasa dibahagikan team home visit, aku disusun ke dalam team ke-6, bersama Atikah, Adilah, Wan Nabila dan Muhaimin. And our team supervisor was Dr Fathima Begum, a speacialist from Family Medicine. 


Home visit kami diiringi seorang makcik penduduk kampung tersebut yang mengenali beberapa buah rumah dimana tuannya yang sakit, uzur dan memerlukan bantuan. So, before we move, kami pastikan alatan medik mencukupi. Glucometer, Sphygmomanometer, Stethoscope, Blood prick and etc. Checked and done. 


Perjalanan ke rumah pertama agak mendebarkan, cause it was my first experience doing home visit for medical checkup. Selama ni just sit at a checkup counter and patient datang sendiri. So, as we arrived di rumah pertama tu, Dr Fathima seems so comforting dan reminding us supaya rileks and jaga adab semasa meminta izin tuan rumah untuk masuk. Perkenalkan siapa diri kita, and we were there for help. 


The first house seems nicely built dan ianya rumah batu. Didiami oleh sepasang suami isteri, kedua-duanya tidak boleh berjalan seperti org normal. Makcik hanya terbaring di tilam di bahagian dapur, dan pakcik pula  menggunakan troli (troli angkut barang tu) sebagai bantuan untuk dia bergerak di dalam rumah. Surprisingly, memang pakcik itu membersihkan rumah, menjaga isteri dan memasak setiap hari untuk mereka berdua. fuhh.

Hebat bakal ahli syurga ni, ameen.

So, before we start any physical exams, first we have to aware how is the atmosphere dalam rumah patient tu. Some questions yang kita boleh fikirkan sendiri are patient tu boleh berjalan sendiri? Or terbaring di bilik? If they can walk, look and see how they walk, since mostly semuanya warga emas. Makcik-makcik ada yang mengalami osteoporosis, kita boleh lihat cara mereka berjalan macam mana. Then, with a glimpse, just look around untuk lihat samada kondisi rumah itu selamat ataupun tak. Tanya khabar depa, and then do some history taking.


Ada sebuah rumah yang aku pergi, rumahnya kayu, bertangga untuk ke setiap bahagian dalam rumah. But, tak ada tempat pemegang di tepi tangga sebagai stand yang boleh makcik bergantung semasa naik atau turun. That would be a huge possibility untuk mudah terjatuh, and perempuan, bila jatuh, the most big impact is fracture at the pelvic bone! O.O dan biasanya akan lebih pendek jangka hayat seseorang atas impact yang kuat tersebut.  


Another house was bahagian dapur juga diperbuat dari papan beratapkan zink. Semasa kami bertanya khabar dengan makcik tuan rumah, beliau ceritakan kisah anaknya yang sakit kepala terlantar disebabkan zink tersebut terjatuh right on his head. Nauzubillah. That's why, ahli keluarga kena ada high conscience of what others are doing and how's the condition of the house. 


Sepanjang OPKIM dan berpeluang untuk menziarahi 9 buah rumah di kawasan kampung ini, jujurnya some part that I truly cried in the inside seeing how much of the people are facing with their hardships of life. Dan perkara yang paling aku terasa adalah tanggungjawab sebagai seorang anak. I have seen a stroke patient, young man dalam 50's, and being managed by his wife 24/7 as he was bedridden. So, they got some monthly income daripada seorang anaknya yang bekerja. It's a payback time untuk ibu dan ayah yang membesarkan dalam keadaan susah. (Azam menjadi anak yang solehah \^_^/)


I learned the value of giving. Ada sebuah rumah yang sangat-sangat uzur, and I was like thinking "is this even a house?" masa mula-mula sampai di depan rumah. Rupanya memang makcik tu mostly menggunakan bahagian dapur rumah sahaja, and bahagian depan macam kosong.. katilnya pun di dapur. Aku berasa sangat terharu bila kami dah selesai buat physical exams and Dr Fathima bagi some consultation, tuan rumah bergegas ke peti ais, dan grab some drink untuk hidangkan pada kami. it was a Fanta cold drink, and that makcik seems so happy semasa menghidangkan. siap tanya lagi, "ehh, cukup ke ni, ermm, nak eskem 20sen?" Huhu. may Allah bless them forever. 


I learned a lot about the meaning of love. Everyone has their own ways, own recipes of showing their love. I saw one makcik about 93 years old, and she was having no illnesses except cataract and mild GIT problem as dia baru buang dia punya hempedu. The thing that I'm amazed was how much her son (about 60's) taking care of her with love. Makcik boleh buat lucu dengan kami lagi tu. Dia pegang bahu Dr Fathima, grabing her arm and said "Gemuk ya awak ni!". Haha, she can still laughed and melatah "Oh mak jatuh parit!" when here room shaked as we seven people menyumbat dalam bilik kecil tu, haha, rumah kayu kot. Hehe. So, what can I say more, while in the midst of hardships, we have to be positive, appreciate the love of our families and friends and the most of all, appreciate the love of Allah. Alhamdulillah, because nikmat yang paling terbesar adalah nikmat Iman, and with that kita akan yakin dunia ini is just for a while. 


Alhamdulillah Alhamdulillah


Fuh, since dah lama agaknya aku tidak menulis ini, a bit of wrecked and miserable. huhu. maafkan patik. Doakan aku untuk terus istiqamah dan, berjaya dunia dan akhirat hehe :) ameen. 


nah, belanja gambar~

p/s : gmbar patients are not allowed to be shared, peace :)


 bersama organisasi kampung



first home visit

teamates, awesomates!

^_^