Friday, October 23, 2009

* Mukhoyyam Kami *

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, berpeluang juga ana meng-update blog ni. Maklumlah jadual agak packed,, but, habis aje PMR dan PMRI, kuranglah sikit kesibukannya :D
Insya Allah ana akan share-kan pengalaman kami bermukhoyyam bersama batch G13 dan batch Caliph 14. Mm, sebenarnya bukanlah semua dari kalangan mereka. Hanya beberapa orang sahaja yang menjadi fasilitator kami.


Khamis, 22 Oktober 2009

Ehm, Kira pukul 8.20 pagi kami bertolak ke Kem Rebutia, Alang Sedayu. Credits to Makcik Zaharah kerana sponsor van sekolah makcik, hehe. Sampai sahaja kami di sana, kami diberi tayangan video tentang sejarah Islam. Lebih kurang macam ISK Kem Murobbi, masjid KLIA hari tu. Tapi, kali ni tidak se-detail yang dulu. Syukran abang Megat kerana memberi tazkirah tentang Cita-Cita kami di masa hadapan.

Selepas itu, mulalah perjalanan jungle trekking kami. Masuk sungai dan pacat sudah menjadi kebiasaan. Tapi, kami ada kelainannya, kami perlu membawa Al-Quran masing-masing bersama. Erm~ siapa yang tidak membawa Al-Quran dikenakan sebiji batu besar seorang untuk dibawa bersama. *Barang Amanah. Alhamdulillah, perjalanan semuanya selamat. Alkisahnya, sampai di sungai pertama, adalah seorang abang fasi tu, terjatuh..haha, habis basah Al-Quran dia dek tenggelam di air. Sampai sahaja sungai kedua, ana pulak merasakan benda yang sama~ Aha, tulah, gelakkan lagi abang tu. Habis biskut dah jadi Al-Quran ana. Alhamdulillah, xdelah rosak teruk pun. Keh3

Destinasi rehlah kami adalah, Air Terjun di seberang highway sana. Jadi, kami melalui terowong bawah tanah. Disitulah checkpoint kami pertama. Kami ditasmi' ayat hafazan dan diberi penerangan tentang 'Aqidah Salim' = 'Aqidah yang sejahtera'. Sejurus selepas itu, perjalanan kami diteruskan. Sesampai sahaja di air terjun, haha, apa lagi.. kan dah habis PMR, kami enjoy lah menikmati keindahan alam. Selesai mandi, kami menunaikan seruan Zohor. Kami terus ke checkpoint kedua, untuk diuji ayat hafazan dan berbincang tentang Akhlak yang Mulia. Selepas itu, kami makan makanan yang dibawa, and pulang ke campsite. Aha, checkpoint ketiga kami, di sungai bawah dewan di campsite. Selepas ayat hafazan diuji, kami berkongsi tentang Ibadah yang Sahih. Huhu, mengigil2, tambah2 lagi hujan pulak time ni..

Petang tu, kami makan BBQ yang dibakar oleh para banin, fasi dan cikgu najmah. Syukran semua :) Haha, teringat pula kucing yang mencuri makanan dari polisterin rakan ana. Bijak sungguh makhluk itu. Malam itu, kami diberi tazkirah oleh Abang Syarifuddin. Syukran kerana mengingatkan kami tentang ajal, yang kita semua tidak akan ketahui bila ia akan tiba. Sungguh,. ana dapat mendalami slot malam ini.

Jumaat, 23 Oktober 2009

Pagi tadi, selepas qiam dan Subuh, kami diberi tazkirah tentang sejarah hidup Khalid Alwalid. Habis kuliah Subuh, kami bersenam bersama kakak fasi. Uh3, teringat ke-cute-an Chicky Dance itu., Ahahah.. Selepas bersenam dan makan, kami diberi ceramah oleh Abang Bai KBM.. Hehe, teringat abang moja and kak nela. :D Dalam ceramah ini, Abang Bai ceritakan tentang persepsi setiap manusia terhadap sesuatu. Kami juga menilai potensi diri dan kebolehan masing2.. Ceramah ni agak ringkas kerana kesuntukan masa. Maklumlah, banin perlu ke masjid solat Jumaat. Ingat ye rakan-rakan, pesan abang Syafiq untuk cuti ni,,

1) Tadarrus, 2 bulan 1 Al-Quran
2) Baca buku form 4 at least satu buku subjek teras

Alhamdulillah, selepas selesai slot terakhir ini, naiklah semangat kami untuk menghadapi pelbagai rintangan pada tahun hadapan. Humm, ana yakin tentu ramai yang akan meninggalkan Al-Amin,. Ana sendiri tak yakin takdir ana nanti. Either teruskan perjuangan di Al-Amin or move. Doakanlah untuk kebaikan kami semua..

Dalam kesempatan ni, ana nk ucapkan syukran kathira khas untuk Cikgu Najmah, Cikgu Fatimah, cikgu2 yang mengadakan program ni, Kak Fathy (seronok berbual smpai tengah malam ^_^), Kak Farah Nadia (my group fasi), Kak Hazimah, dan semua fasilitator kami. Kami hargai jasa anda semua.. Assalammualaikum.. ;)