Wednesday, January 28, 2009

*Kebun oh Kebun*

Bismillahirrahmanirrahim



Gaza.. Apa tindakan kita?..

*Doa' itu SenjaTa MuKmin.. Qiammullail..
*Infa' bg membantu mereka..
*Belajar bersungguh2.. Ilmu, sangat penting..
*Mantapkan kefahaman Islam..
*Kuatkan Iman..
......................................................................................................

Assalammualaikum..

Hampir sebulan ana tak update blog ana, kaza pun dah tegur, blog ana berdebu mcm blog mubarak.. xpe2, nk updatelah ni.. hehe.

Raya Tahun Baru Cina (ahad, isnin, selasa), ana sekeluarga balik Johor.. Kampung ni, keluarga sebelah abi.. Memandangkan ummi brasal dari Kelantan, saudara2 ana dari Johor ni, teringinlah nak belajar masak Nasi Dagang.. waah.. jom2 kita masak.. Kami bertolak pagi, sampai kampung petang sbb singgah Muar, ziarah ibu saudara.. then, pergi KEBUN~!!

Subhanallah, ana rase kalau pergi kebun ni, mcm xnak balik.. hehe, nak duduk aje situ.. best sungguh~!.. nak tahu apa sbbnya? haa.. meh2.. inilah dia..



..tempat penternakan kambing.. (kandang kambing) sebelahnya, reban ayam, itik dan angsa.. hehe~



*PerTaniaN itu PerNiagaaN*





Kambing yang berbulu putih ni, bunting.. xlama lg tu, Insya Allah dapatlah rezeki.. cantikkan warna bulu dia?..



Ana bersama seekor anak kambing, usianya baru 2 bulan.. ffuuh, sangatlah manja.. :)



Ayah Anuar dan Abang Azri sedang memerah susu kambing.. Alhamdulillah..

Hehe, malam tu, kami dah mulakan operasi memasak.. bawang2.. halia2.. lengkuas2.. timun2.. lobak merah2.. cili2.. Dah siap sediakan bahan,, Esok paginya kami mula masak nasi dan lauk2nya.. ikan tongkol.. udang.. ayam.. Alhamdulillah,..

Family Maklong dan Ayah Hassan sampai petang tu, so.. kami pun ajaklah mubarak, mursyid, mubasyir dan humaira pergi kebun~!.. huhu, susah juga nak jaga kambing2 ni, mereka cerdik2 belaka.. :D Ana terfikir mcm mana Nabi Muhammad SAW kita mengembala kambing semasa beliau berumur belasan tahun, Subhanallah, pasti banyak ujian dan kesabaran yg perlu dihadapi..
*Ana sayang sangat kambing yg ana pegang tuh n seekor lg, kembarnya.. Dua2 manja, mcm anak kucing.. hehe, mereka sungguh memahami.. :)

Dah puas bermain, kami pun balik ke kampung.. Pada hari selasa, sebelum bertolak ke Kuala Lumpur, kami singgah sekali lagi ke kebun.. hehe, bye2 cutey2 kambing.. :) Ok, smpai disini sahaja pengalaman ana di kebun.. ^_^ Moga Ceria Selalu..

Assalammualaikum..