Friday, December 10, 2010

The Almighty



Bismillahirrahmanirrahim..

Assalam all~ Well, about a year had elapsed since my last published post.. It wasn't that i didn't feel like updating my blog but I had an extremely tight schedule during this year, since

  • I have moved to another school, which I started in March.

(Sungai Pusu Smart School ^_^)

  • I ran out from my hostel, ahaks.

(but still missing my dorm)

  • I had a very busy schooldays.

And what most is this holiday is not really a holiday for me. “,

Hmm, it was something that just popped into my head that makes me soon accustomed myself to the idea for updating my blog right now.

I would like to share what my baba told me a story that happened in the time Prophet Musa ‘alaihissalam became Allah's prophet on earth. Baba said he read about this in Kitab Riyadhus Solihin but he seemed to forget in which jilid it held. He said Prophet Musa ‘ailaihissalam had a mukjizat that makes him able to address our Almighty God through a hijab. So, there were some conversations between them.,

Musa ‘alaihissalam : O Allah.. Is there any adverse effect on you if all of your creations (he means all of the planets, stars, suns, humans, mountains, animals, etc etc.) rebel against your instructions?

And our Almighty Allah said : Absolutely NO.

At this time, Baba asked me, “Awak tahu tak kenapa nabila?”

Of course, I shook my head.

So, Musa ‘alaihissalam asked HIM back : Why Ya Allah? You have created all of these creations in the world and you wouldn’t override the adverse effect?

Our Almighty Allah said : Yes indeed. I have created creatures that one of them could eat this whole universe (of course, He MEANS all of it) in just one GULP. And now, they are all grazing it in my field.

I was so shocked and I got speechless. I mean, wallahu’alam, in my box of mind, I was thinking about the black holes. Well untill now, none of us could discover what in the black holes are. It is beyond the phase of our thinking..

And I was imagining, whatever that creatures are they must be billion billion times bigger than us.. Subhanallah, our Almighty God is superfluously great.

Ya Allah, how small we are on your side but most of us could not feel the guilt against our own violations. Astaghfirullah.


Friday, January 1, 2010

Open Your Eyes

Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sunSuch perfect harmony

Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to YouUntil the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to YouUntil the end of time..
Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..
*hayatilah lagu ni. banyak ibrahnya~ :)

Friday, December 11, 2009

:: Mari Eratkan Ukhuwwah ::


Bismillahirrahmanirrahim..




Insya Allah, akan diadakan Reunion kepada bekas pelajar Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak '01-'06 batch ana sahaja,.

Details,,
Hari : Sabtu
Tarikh : 19 Disember 2009
Tempat : Restoran Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa
Masa : 12 tengah hari - 4 petang
Pakaian : Casual as long as tutup aurat
Bayaran : RM25 per person

Sila confirmkan attendance before 14th Disember 2009 pada AJK (me, azillah, aliah, luqman, and muaz).. Syukran Kathira,,

Sunday, November 15, 2009

:: Mabruk Jiddan ::

Bismillah.. Bersyukur kepada Allah

dan

Tahniah kepada semua batch onese7en,

dalam menjayakan,



Alhamdulillah. :) Selamat Maju Jaya Abang-abang dan kakak-kakak f5..

Monday, November 9, 2009

* Ceriterengganu *

Bismillahirrahmanirrahim..



okeh, bagi anda yang tidak pernah ke Ganu, haa.. nilah masjid terapung.. maaf, gambar tak menyeluruh sebab time ni Subuh pukul 5.30 pagi.. gelap lagi~
Lepas solat subuh, kami 'check-in' homestay dan angkut semua barang masuk situh. Nama homestay tu, 'Homestay Batrisyia', haha,, mcm kenal nama tuu. Then, kami bertolak ke Taman Tamadun Islam. Mulanya duk fikir apelah yang ade dalam taman tu, bila dah masuk, Memang kagum bila dapat hayati beberapa masjid utama seluruh dunia..

Keceriaan guru2 jelas terpancar.. Huhu, Cg Hani promote duit~ :D


Sementara menunggu hujan lebat berhenti, kami habiskan masa dalam restoran TTI.. Tgk tuu, Husna khusyuk baca novel baru die~ teruskan membaca ya..






This is Taj Mahal. Model sahaja. boleh masuk dalam bangunan ni untuk tahu maklumat lebih lanjut~



Kubbatul Sakhra'.



See, dalam dia mcm real~




Masjiidil Haram, Ka'bah xboleh nk tengok, kene panjat~




Masya Allah, pemandangan yang indah~ ( tengah2 TTI )


One of the masjid(s)..

Dah balik dari TTI, singgah masjid kristal, ambil gambar. Then, pergi ke batik Arfa,. Ade yang dapat cabutan bertuah. tahniah ye, Lea dan Husna.. :D


Malam tu, ade BBQ, thanks to all banin(s) yg tolong n cikgu2. Ana faham sape yang terpaksa kemas sisa2 BBQ tuu, bila semua cabut pergi tengok nur kasih. Hehe, sedaap antum masak. NUR KASIH, sangat syok tgk ramai2. wah, rindu nya~ dan.. 42 nombor bertuah~ :P




homestay kami~ semua happy. adelah sorg tu ganjil~



sedang menunggu banin sebelum ke pasar payang..

Depan pasar payang,, Persembahan Kebudayaan.

Then, kami ke Muzium Negeri Terengganu. Kat situ, jumpa kawan-kawan dari sekolah Sungai Pusu.. kebetulan dorg pun ada lawatan. Kami lunch dan solat.. Singgah Geliga jap beli keropok lekor. Enak sungguh~ And and balik~!

.............................

cuba baca ni.

Dalam tentatif,, pukul 2.00 ptg bertolak balik dan smpai pukul 10.00 malam.
Apa yang berlaku?
Kami bertolak balik pukul 7.oo malam, lepas solat maghrib.
Bas A smpai sekolah dalam pukul 1.00 pagi. Bas B terkandas dek temperature engine naik. terpaksa berhenti di tengah2 hutan. seram jugakla. Pakcik smbung perjalanan, sangat sangatlah perlahan. Tak mengapa, Allah menguji. Masuk satu mesej,,
"Kitorg dah smpai sekolah. korg kat mana?" -Yasmin
Wah, bila tanya cikgu, kita masih di Pahang. Sabar. Sampai di Tol Lanchang, terpaksa berhenti terus, bas dah xboleh bergerak. Semua turun, duduk lah tepi jalan. Satu lagi mesej masuk hp nurina,,
"Ana dah sampai rumah, dah pakai baju kelawar, duduk bawah aircond.. :D" -Syaraz
Sabar. Tgk jam, pukul 1.00 lebih. Semua muka tension, nak lagi ade pulak 3 pasangan yang ber ber dan ber di situ.. sakit hati betul tgk. Mulanya, kami istighfar ramai2, tp, makin menjadi2 mereka. Usaha lagi, plan nk perli dorg kuat2. Still xjadi. Nafsu berleluasa. Last2, kami main kejar2 ramai2 dengan anak cg, Alia Maisara, Nasuha dan Hatim. Biar bising nanti dorg terganggu. Memang menjadi, tapi, nampak mcm marah je. Kami pun stop takut kene baling batu. Biarlah, kita dah usaha, itu antara mereka dengan Allah.
Call yasmin. Katanya pakcik bas A patah balik nak ambil kami. Bayangkan dari gombak ke Pahang. haduih, tuunggu jelah, Sabar. Dapat lagi berita, pakcik jam sbb ada perlawanan bola sepak N9 dan Kelantan. Akhirnya, kami tinggalkan tempat awam itu pukul 3.00 pagi. Sampai sekolah pukul 4.30.
Alhamdulillah. Bersyukur kerana selamat sepanjang perjalanan~ Maaf paling lambat post about Terengganu. :D Esoknya, Yasmin dan Aqila Dash tandang rumah, penat sangat sangat. Demi, jamuan pengawas, kami buat puding jagung dan agar-agar bandung cincau. huhu, sedap3.. Kepada semua pengawas, terima kasih kerana menghabiskan masakan kami. :D Salam.

Friday, October 23, 2009

* Mukhoyyam Kami *

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, berpeluang juga ana meng-update blog ni. Maklumlah jadual agak packed,, but, habis aje PMR dan PMRI, kuranglah sikit kesibukannya :D
Insya Allah ana akan share-kan pengalaman kami bermukhoyyam bersama batch G13 dan batch Caliph 14. Mm, sebenarnya bukanlah semua dari kalangan mereka. Hanya beberapa orang sahaja yang menjadi fasilitator kami.


Khamis, 22 Oktober 2009

Ehm, Kira pukul 8.20 pagi kami bertolak ke Kem Rebutia, Alang Sedayu. Credits to Makcik Zaharah kerana sponsor van sekolah makcik, hehe. Sampai sahaja kami di sana, kami diberi tayangan video tentang sejarah Islam. Lebih kurang macam ISK Kem Murobbi, masjid KLIA hari tu. Tapi, kali ni tidak se-detail yang dulu. Syukran abang Megat kerana memberi tazkirah tentang Cita-Cita kami di masa hadapan.

Selepas itu, mulalah perjalanan jungle trekking kami. Masuk sungai dan pacat sudah menjadi kebiasaan. Tapi, kami ada kelainannya, kami perlu membawa Al-Quran masing-masing bersama. Erm~ siapa yang tidak membawa Al-Quran dikenakan sebiji batu besar seorang untuk dibawa bersama. *Barang Amanah. Alhamdulillah, perjalanan semuanya selamat. Alkisahnya, sampai di sungai pertama, adalah seorang abang fasi tu, terjatuh..haha, habis basah Al-Quran dia dek tenggelam di air. Sampai sahaja sungai kedua, ana pulak merasakan benda yang sama~ Aha, tulah, gelakkan lagi abang tu. Habis biskut dah jadi Al-Quran ana. Alhamdulillah, xdelah rosak teruk pun. Keh3

Destinasi rehlah kami adalah, Air Terjun di seberang highway sana. Jadi, kami melalui terowong bawah tanah. Disitulah checkpoint kami pertama. Kami ditasmi' ayat hafazan dan diberi penerangan tentang 'Aqidah Salim' = 'Aqidah yang sejahtera'. Sejurus selepas itu, perjalanan kami diteruskan. Sesampai sahaja di air terjun, haha, apa lagi.. kan dah habis PMR, kami enjoy lah menikmati keindahan alam. Selesai mandi, kami menunaikan seruan Zohor. Kami terus ke checkpoint kedua, untuk diuji ayat hafazan dan berbincang tentang Akhlak yang Mulia. Selepas itu, kami makan makanan yang dibawa, and pulang ke campsite. Aha, checkpoint ketiga kami, di sungai bawah dewan di campsite. Selepas ayat hafazan diuji, kami berkongsi tentang Ibadah yang Sahih. Huhu, mengigil2, tambah2 lagi hujan pulak time ni..

Petang tu, kami makan BBQ yang dibakar oleh para banin, fasi dan cikgu najmah. Syukran semua :) Haha, teringat pula kucing yang mencuri makanan dari polisterin rakan ana. Bijak sungguh makhluk itu. Malam itu, kami diberi tazkirah oleh Abang Syarifuddin. Syukran kerana mengingatkan kami tentang ajal, yang kita semua tidak akan ketahui bila ia akan tiba. Sungguh,. ana dapat mendalami slot malam ini.

Jumaat, 23 Oktober 2009

Pagi tadi, selepas qiam dan Subuh, kami diberi tazkirah tentang sejarah hidup Khalid Alwalid. Habis kuliah Subuh, kami bersenam bersama kakak fasi. Uh3, teringat ke-cute-an Chicky Dance itu., Ahahah.. Selepas bersenam dan makan, kami diberi ceramah oleh Abang Bai KBM.. Hehe, teringat abang moja and kak nela. :D Dalam ceramah ini, Abang Bai ceritakan tentang persepsi setiap manusia terhadap sesuatu. Kami juga menilai potensi diri dan kebolehan masing2.. Ceramah ni agak ringkas kerana kesuntukan masa. Maklumlah, banin perlu ke masjid solat Jumaat. Ingat ye rakan-rakan, pesan abang Syafiq untuk cuti ni,,

1) Tadarrus, 2 bulan 1 Al-Quran
2) Baca buku form 4 at least satu buku subjek teras

Alhamdulillah, selepas selesai slot terakhir ini, naiklah semangat kami untuk menghadapi pelbagai rintangan pada tahun hadapan. Humm, ana yakin tentu ramai yang akan meninggalkan Al-Amin,. Ana sendiri tak yakin takdir ana nanti. Either teruskan perjuangan di Al-Amin or move. Doakanlah untuk kebaikan kami semua..

Dalam kesempatan ni, ana nk ucapkan syukran kathira khas untuk Cikgu Najmah, Cikgu Fatimah, cikgu2 yang mengadakan program ni, Kak Fathy (seronok berbual smpai tengah malam ^_^), Kak Farah Nadia (my group fasi), Kak Hazimah, dan semua fasilitator kami. Kami hargai jasa anda semua.. Assalammualaikum.. ;)